
ASTRO Radio Sabah menutup operasi pejabatnya di negeri ini berkuat kuasa Sabtu (30 Sept).
Bekas Ketua Kandungan dan Digital Astro Radio Sabah, Ily Lia Affiqah, bagaimanapun, berkata siaran radio Era Sabah tidak akan dihentikan dan masih lagi mengekalkan kandungan serta penyampai tempatannya.
Namun, saluran radio bahasa Inggeris, Hitz Sabah dan MY Sabah untuk bahasa Cina akan dikembalikan semula siarannya ke Kuala Lumpur, juga berkuat kuasa Sabtu.
“Operasi pejabat Astro Radio Sabah akan ditutup berkuat kuasa 30 Sept. Tiada lagi pekerja operasi dan semuanya diberikan VSS (Pemberhentian Secara Sukarela).
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Bagaimanapun, peminat masih boleh mendengarkan siaran Era Sabah seperti biasa. Cuma saja ‘broadcast’ (siaran) akan dipancarkan dari Bukit Jalil.
“Semua penyampai akan bersiaran dari Kota Kinabalu sehingga 31 Disember ini sebelum semua operasi dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Jalil (ibu pejabat Astro) di Kuala Lumpur pada 1 Januari 2024.
“Siaran Hitz Sabah dan MY Sabah juga akan dikembalikan semula ke KL. Tiada lagi penyampai mahu pun kandungan tempatan untuk kedua-dua saluran ini bermula 30 September,” katanya ketika dihubungi Hiburan Ekspres, pada Sabtu.
Ily tidak menafikan akan ada perubahan penyampai Era Sabah kelak memandangkan tidak semua akan berpindah ke Kuala Lumpur tahun depan.
Menurutnya, antara penyampai Era Sabah yang akan ‘berhijrah’ ke ibu pejabat di Kuala Lumpur adalah Addnan, Mijul, Emma, Nicky serta Adam, sementara Keewon dan Skye memutuskan untuk ‘berpisah’ selepas 31 Disember 2023.
Katanya, keputusan menghentikan operasi pejabat Astro Radio Sabah itu dicapai pada Ogos lalu.
Ily Lia Affiqah
Menurutnya lagi, operasi pejabat Astro Radio Sarawak juga akan dihentikan berkuat kuasa Sabtu.
Ditanya adakah penutupan operasi itu disebabkan penurunan jumlah pendengar, Ily menjawab:
“Berdasarkan tiga survey (kajian) terbaru, jumlah pendengar untuk saluran Astro Radio Sabah sebenarnya merekodkan trend menaik.
“Bayangkan Era Sabah, daripada hanya 30,000 pendengar, hari ini, kami berjaya menaikkan sehingga hampir 130,000 pendengar.
“Kami perlu tripple the effort (menggandakan usaha) untuk mencapainya dan ini memakan masa panjang.
“Tetapi mungkin jumlah ini belum cukup untuk Astro Radio Sabah sustain (mengekalkan) operasinya di Sabah.”
Walaupun sedih, Ily berkata dia akur dengan apa yang sudah ditentukan oleh ibu pejabat.
“Tanpa disedari sudah 13 tahun saya bersama Astro Radio dan sudah tiba masanya untuk saya mencuba hala tuju baharu.
“Saya bermula sebagai penyampai Era Sabah pada usia 19 tahun, hari ini terpaksa meninggalkan stesen ini dengan perasaan yang bercampur baur.
“Inilah pekerjaan pertama saya dan boleh dikatakan saya membesar bersama Astro Radio. Banyak yang saya pelajari bersama stesen radio ini dan ia juga banyak membantu membuka jalan untuk saya dari segi karier dalam bidang hiburan di Sabah.
“Bagaimanapun, setiap pertemuan itu akan ada perpisahan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya di Astro Radio Sabah. Mereka semua sudah seperti keluarga bagi saya,” katanya.
Untuk rekod, Ily merupakan penyampai Era Sabah yang pertama bersama Beebey sejak Astro Radio melebarkan sayapnya ke negeri ini pada 1 Oktober 2010 di bawah jenama Radio Bayu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

