Astro saman kedai makan sebab EPL? Apa Dah Jadi? #8

26 Nov 2022 • 9:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga isu yang dikongsikan dalam episod ini ialah pertama, punca Tiktok biarkan dan tidak buang kandungan berunsur 13 Mei di sana. Kedua, sebab Unifi TV tidak boleh tayangkan Piala Dunia di RTM dan ketiga Astro saman kedai makan yang tayang EPL tanpa lesen sah.

1. Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?

Selepas PRU15 selesai, banyak kandungan yang tak sesuai dilihat menular di sana, kebanyakannya mengaitkan peristiwa berdarah 13 Mei. Sedangkan dalam Garis Panduan Komuniti Tiktok, kandungan seperti itu tak dibenarkan. Tapi pelik, video itu masih ada dan tak diturunkan.

Baca lagi di sini:

image is not available

2. Guna Unifi TV tapi tak boleh tonton Piala Dunia di RTM? Ini cara mudah, percuma dan halal

Acara Piala Dunia Qatar 2022 boleh ditonton percuma di RTM. Tapi pengguna Unifi TV dilaporkan hadapi masalah untuk tonton perlawanan tersebut yang disediakan oleh RTM. Puncanya ialah Unifi TV tiada hak penyiaran.

Berita penuh di sini.

image is not available

3. Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah

Pengendali kedai makan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhuan menyiarkan kandungan sukan dan hiburan tanpa lesen yang sah. Lokasi yang dinamakan oleh Astro selaku plaintif adalah 42 East Pub and Restaurant yang terletak dalam bandaraya Kuala Lumpur.

Berita lanjut di sini.

image is not available