ASUS AI PC First Experiential Roadshow 2024 Kini Bermula – Beli Laptop AI Dapat ROG Ally X

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 4:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak acara Computex 2024, ASUS telah melancarkan pelbagai peranti Copilot+ dan AI PC. ROG Zephyrus G16, TUF Gaming Laptop A14, Vivobook S 15, Zenbook S16, ProArt P16 dan ProArt PX13 dan juga ProArt PZ13 semuanya telah mula ditawarkan. Dengan jerayawara ASUS AI PC First Experiential Roadshow 2024 kini bermua, mereka yang membeli laptop AI ASUS akan menerima banyak ganjaran menarik.

image is not available

Jerayawara ini berlangsung bermula hari ini 12 Ogos sehingga 18 Ogos 2024 di Concourse, Plaza Low Yat. Set berkas yang ditawarkan mempunyai ganjaran sehingga RM866, cabutan bertuah bernilai sehingga RM45,000 dan juga potongan harga laptop sehingga RM9000 termasuk peluang membawa pulang laptop Snapdragon X Elite iaitu Vivobook S 15 OLED Bape Edition. Khusus untuk mereka yang membeli laptop AI di ASUS AI PC First Experiential Roadshow 2024, anda turut akan berpeluang membawa pulang ROG Ally X yang bernilai RM4299.