ASUS ExpertBook B9 OLED Dan ExpertBook B6 Flip Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM8,999

TechnologyDigital
8 Nov 2023 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS kini memperkenalkan komputer riba baharu ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip ke pasaran tempatan, sekaligus melengkapkan barisan produk berkenaan. Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan penawaran berbeza mengikut keperluan serta target pengguna masing-masing.

image is not available

Bermula dengan ASUS ExpertBook B9 OLED, ia dilengkapi dengan skrin 14-inci 3K OLED (2880 X 1800 piksel), kadar segar semula 90Hz dan bernisbah aspek 16:10. Turut disokong ialah CPU Intel Core i7-1355U (1.8 GHz) dengan gabungan memori 32GB LPDDR5-5200 dan storan terbina 1TB M.2 PCIe 4.0 SSD.

image is not available

Ia juga mempunyai bateri sebesar 63Wh, di samping menyokong sambungan Wi-Fi 6E (802.11ax) (Dual band) dan bluetooth 5.3. Pilihan I/O disediakan juga mencukupi untuk sebuah komputer riba kerja harian yang terdiri dengan 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2 x Thunderboltimage is not available 4.0 Type-C, 1 x HDMI 2.1(TMDS), 1 x bicu audio, 1 x Nano Kensington lock slot dan 1 x Mini HDMI – RJ45 adapter.

image is not available

Seterusnya ASUS ExpertBook B6 Flip pula menggunakan skrin 16-inci WQXGA (2560 x 1600) dan bernisbah aspek 16:10. Turut disokong ialah pilihan CPU Intel® Core i7-12850HX vPro 2.1 GHz dengan gabungan GPU NVIDIA® RTX A2000 Laptop GPU 8GB GDDR6, memori 16 GB DDR5-4800 dan storan terbina 1TB M.2 PCIe 4.0 SSD.

image is not available

Ia juga mempunyai bateri sebesar 90Wh, di samping menyokong sambungan Dual-band 2×2 WiFi 6E (802.11ax) dan bluetooth 5.2. Pilihan I/O disediakan terdiri dengan 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2 x Thunderboltimage is not available 4 Type-C, 1 x HDMI® 2.0b, 1 x RJ 45, 1 x Mini DP, 1 x bicu audio 3.5mm, 1 x Nano Kensington lock slot, 1 x Smart card dan 1 x AC adapter.

Di Malaysia ASUS ExpertBook B9 OLED dijual pada harga RM8,999. Sementara itu ASUS ExpertBook B6 Flip berharga RM11,999 sebuah. Ketersediaan bermula sekarang menerusi pengedar sah ASUS diseluruh Malaysia.