ASUS Memperkenalkan ROG Astral GeForce RTX 5090 Dhahab Edition Khusus Untuk Pasaran Timur Tengah

TechnologyDigital
6 Feb 2025 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

NVIDIA baru sahaja melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 mereka yang terdiri daripada GeForce RTX 5090 sebagai kad grafik gaming paling berkuasa di pasaran sekarang. ASUS, melalui sub-jenama Republic of Gamers mereka telah memperkenalkan penawaran mereka, iaitu ROG Astral GeForce RTX 5090 yang hadir dengan empat buah kipas, tiga di bahagian hadapan dan satu di bahagian belakang.

image is not available

image is not available

Terkini, ia dilaporkan bahawa ASUS telah memperlihatkan sebuah kad grafik edisi khas yang dibangunkan khusus untuk pasaran Timur Tengah. Kad grafik ini dinamakan ROG Astral GeForce RTX 5090 Dhahab Edition. Bagi anda yang tidak tahu, Dhahab bermaksud emas dalam bahasa Arab.

image is not available

Dan begitulah rekaan kad grafik ini, yang memperlihatkan keseluruhan rekaan penyejuknya, dari penutup penyejuk dan sirip penyejuk disalut dengan cat emas. Selain dari itu, bahagian hadapan penyejuk ini dengan tiga kipas memperlihatkan kaligrafi khat bahasa Arab, manakala di bahagian belakang pula, beberapa bangunan pencakar langit di rantau tersebut dapat diperlihatkan.

image is not available

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi samada kad grafik ini akan hadir dengan tanda harga sama seperti kad grafik ROG Astral GeForce RTX 5090 yang asal.