ASUS Memperlihatkan Siri Kad Grafik TX Gaming Baru Khusus Untuk Pasaran China

TechnologyDigital
10 Aug 2023 • 3:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ASUS, jenama teknologi yang cukup terkenal untuk komponen-komponen komputer mereka baru-baru ini dilihat telah memperkenalkan sebuah lagi siri kad grafik baru untuk model-model kelas pertengahan dan pertengahan premium.

image is not available

Dinamakan ASUS TX Gaming, ia merupakan singkatan kepada nama Tianxuan yang sebelum ini digunakan untuk siri komputer riba gaming mampu milik mereka yang dijual di pasaran China.

Kini dengan nama baru, ASUS telah memperlihatkan tiga kad grafik baru, iaitu ASUS TX Gaming GeForce RTX 4070 O12G, ASUS TX Gaming GeForce RTX 4060 Ti O8G dan ASUS TX Gaming GeForce RTX 4060 O12G.

image is not available

Apa yang menarik mengenai siri kad grafik ini ialah ketiga-tiga kad grafik ini hadir dengan rekaan penyejuk yang sama, menggunakan tiga kipas penyejuk dan juga bongkah penyejukan yang memakan tiga ruang pengembangan PCIe, walaupun untuk model seperti RTX 4060 Ti dan RTX 4060.

Dalam pada itu, kesemua kad grafik ini juga dilihat menggunakan satu palam 8-pin kuasa PCIe, dan menariknya tidak menggunakan palam 12VHPWR yang secara lazimnya diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.

image is not available

Kad-kad grafik ini sudah mula dijual di pasaran China, tetapi buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi samada ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.