ASUS ROG Ally Akan Dijual Di Malaysia Pada Julai Ini

TechnologyDigital
18 May 2023 • 8:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Misteri mengenai bila ASUS akan mula menjual konsol mudah alih ROG Ally di Malaysia terjawab menerusi akaun rasmi Facebook mereka hari ini. ASUS Malaysia mengesahkan ia akan mula dijual pada bulan Julai ini. Sebelum ini ASUS sekadar mengatakan ia akan dipasarkan pada Q3 2023 yang tidak begitu jelas.

image is not available

ASUS juga menafikan harga jualan yang dilaporkan sebelum ini dengan mengatakan harga jualannya akan memberikan kejutan yang baik kepada mereka yang ingin membeli ROG Ally. ASUS ROG Ally ialah sebuah konsol PC yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 dan Z1 Extreme, memori 16GB RAM LPDDR5 dan storan SSD M.2 sebesar 512GB.

image is not available

Dari segi paparan, konsol ini merumahkan paparan bersaiz 7 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz dan dipadankan dengan pembesar suara yang menyokong teknologi audio Dolby Atmos Surround Sound.

ASUS ROG Ally juga tiba dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan daripada pelbagai platform, termasuklah Steam, Epic Games dan sebagainya, yang menjadikan konsol ini sebagai sebuah komputer yang sangat padat.