ASUS ROG Ally Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Suku Ketiga Tahun Ini

TechnologyDigital
8 May 2023 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Konsol mudah-alih PC ASUS ROG Ally akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Mei ini, dimana ASUS akan memperlihatkan spesifikasi lengkap konsol ini dan juga tanda harganya.

image is not available

Bagi anda yang tertanya-tanya samada konsol ini akan memasuki pasaran tempatan, kami telah diberitahu bahawa ya, ia akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, tetapi anda akan perlu menunggu untuk membelinya, kerana ia hanya akan tiba kesini sekitar suku ketiga tahun ini.

ASUS ROG Ally ialah sebuah konsol PC yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 dan Z1 Extreme, memori LPDDR5 16GB dan storan SSD M.2 sebesar 512GB.

image is not available

Dari segi paparan, konsol ini merumahkan paparan bersaiz 7 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz dan dipadankan dengan pembesar suara yang menyokong teknologi audio Dolby Atmos Surround Sound.

ASUS ROG Ally juga tiba dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan daripada pelbagai platform, termasuklah Steam, Epic Games dan sebagainya, yang menjadikan konsol ini sebagai sebuah komputer yang sangat padat.

image is not available

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah tanda harga konsol ROG Ally ini untuk pasaran tempatan, dan samada kita akan menerima penawaran kedua-dua model SoC Ryzen Z1 dan Z1 Extreme ataupun salah satu daripadanya sahaja.