ASUS ROG Ally X Tertiris Lagi Dengan Rekaan Lebih Selesa

TechnologyDigital
30 May 2024 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara Computex akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai pengeluar komputer akan mendedahkan banyak jenis komputer, konsol mudah alih, peranti AI dan lain-lain lagi. Antara yang ramai nantikan adalah ASUS ROG Ally X iaitu konsol mudah alih Windows kegemaran ramai sekarang.

image is not available

ROG Ally X telah pun tertiris di mana ia akan hadir dengan pilihan berwarna hitam. Konsol ini akan kekal dijana AMD Ryzen Z1 Extreme, tiada lagi Ryzen Z1 dan dipadankan dengan memori 24GB RAM LPDDR5X + 1TB SSD. Skrin adalah 7.0-inci IPS 120Hz FHD dan bateri pula adalah 80Wh. Baru-baru ini laman e-dagang di Korea Selatan telah menyenaraikan ROG Ally X lengkap dengan infografik spesifikasi yang dikatakan adalah rasmi berserta harga jualan.

image is not available

Konsol permainan mudah alih Windows ini dilihat berbentuk sedikit lebih besar dan tebal. Kemudian setiap sisi juga dilihat lebih melengkung dengan turut kelihatan ada tekstur yang jelas sekali adalah untuk cengkaman lebih baik. Laman web Korea ini memaparkan harga jualan 1,082,780 KRW iaitu sekitar RM3,705. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.