ASUS ROG Cetra True Wireless Gaming Headphone TWS Berharga RM515 Di Malaysia

TechnologyDigital
1 Jul 2022 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apabila bercakap mengenai fon telinga yang memfokuskan permainan video, lazimnya ia lengkap dengan sokongan audio dan mikrofon yang berkualiti. Bagi anda di luar sana yang masih berkira-kira untuk mencari set fon telinga nirwayar yang selesa untuk kegunaan permua.

image is not available

Asus kini hadir dengan pilihan menarik menerusi pengenalan ROG Cetra True Wireless Gaming Headphone TWS. Dijual pada harga RM515 untuk seunit, fon telinga ini sudah boleh didapati menerusi kedai fizikal dan pengedar sah Asus Malaysia bermula hari ini.

ROG Cetra True Wireless Gaming Headphone TWS dilengkapi dua pemandu audio berjenis ASUS Essence sebesar 10mm. Ia turut dipadankan dengan teknologi pembatalan hingar aktif secara hibrid dan mod latensi rendah untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

image is not available

Tambatan pantas boleh dilakukan menggunakan sokongan Bluetooh 5.3 dan penggunaan aplikasi Armoury Crate Mobile turut diperlukan untuk kawalan sepenuhnya. Bateri yang disertakan pula mampu beroperasi sehingga 27 jam dan ia turut melepasi penarafan IPX4 yang membolehkannya dibawa bersenam tanpa masalah.