ASUS ROG Kithara Ialah Fon Kepala Gaming HiFi Planar Pertama

TechnologyGaming
7 Jan 2026 • 9:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fon kepala gaming lazimnya lebih mementingkan kekuatan bass dan keselesaan dipakai untuk segi gaming yang panjang. Di CES 2026, ROG Kithara diumumkan dengan ia menurut ASUS ialah fon kepala gaming HiFi planar pertama pernah dihasilkan.

image is not available

Dengan ini ia menawarkan pengalaman audio gred audiophile dengan ia dibangunkan menerusi kerjasama syarikat HIFIMAN. Terdapat pemacu magnetik planar sebesar 100mm yang terbuka di bahagian belakang untuk pentas audio lebih luas, respons frekuensi yang sangat luas (8Hz–55kHz), dan herotan audio dapat dikurangkan.

Ini dipadankan dengan mikrofon MEMS untuk rakaman suara yang lebih jelas dan dapat mengurangkan gangguan audio di latar belakang. Untuk keselesaan, fon kepala ia diperbuat daripada logam dan pelapik telinga diperbuat daripada busa memori untuk sesi permainan yang panjang lebih selesa.

Sambungan adalah 3-dalam-1 yang boleh ditukar ganti menyokong bicu 4.4mm balanced, 3.5mm dan 6.3mm. Ini membolehkan ROG Kithara disambungkan kepada sebuah DAC, amplifier, PC, dan juga konsol mengikut keperluan pemilik. Harga belum lagi diumumkan.