ASUS berkongsi perancangan untuk meluaskan portfolio produk dengan menawarkan ROG MJOLNIR. Ia merupakan sebuah sumber kuasa mudah alih dengan konsep rekaan yang dipercayai diilhamkan daripada tukul yang digunakan oleh Thor. Hal ini boleh dilihat dengan jelas melalui pemegang di tengah yang mungkin membolehkannya dialih dengan mudah.

Turut diperlihatkan ialah pelbagai port disediakan yang termasuk 2x USB Type A, 2x USB Type-C dan empat suis soket kuasa terbina. Diikuti juga panel yang boleh memaparkan voltan dan sejumlah lagi bacaan lain. ASUS turut mengatakan perkongsian ini bukanlah jenaka April Fool sebaliknya lebih banyak maklumat mengenai produk akan dikongsi semasa Computex 2024 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun akan datang.
IT'S REAL GAMERS!
Can you guess what feature we're gonna add to complete your gaming experience?
Stay tuned for more during #ROGComputex2024!#ROGMjolnir
pic.twitter.com/NbSCRYdJzD




