Asus ROG Phone 6 & ROG Phone 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
6 Jul 2022 • 9:15 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus telah selamat melancarkan barisan terbaru telefon pintar gaming terbaik mereka, ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro. Seperti biasa, Asus tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan harga dan tarikh jualan di Malaysia.

Menurut Asus Malaysia. ROG Phone 6 akan mula dijual di Malaysia pada bulan Ogos 2022. Manakala model lebih baik, ROG Phone 6 Pro akan sedia dibeli mulai bulan September 2022. Beberapa aksesori berkaitan turut tersedia dijual pada bulan Ogos 2022.

image is not available

Di samping itu, Asus Malaysia turut mengumumkan ketibaan aksesori fesyen baru mereka iaitu siri ROG Slash. Terdapat dua produk baru diperkenal kali ini iaitu ROG Slash Hip Bag dan ROG Slash Crossbody Bag.

Harga jualan ROG Phone 6 dan aksesori

Telefon gaming terbaru Asus ini tidak lagi boleh dibeli di bawah RM3,000 kerana tiada lagi varian RAM 8GB dan storan 128GB disediakan. Model terendah yang disediakan adalah RAM 12GB dan storan 256GB.

Harga semua varian dan aksesori ROG Phone 6 yang dijual di Malaysia adalah seperti berikut:

image is not available

Promosi tempahan awal

Walaupun telefon ini dan aksesorinya mula dijual pada bulan Ogos, Asus Malaysia telah mula mengambil tempahan awal mulai hari ini. Sudah pasti, ada hadiah istimewa disediakan untuk pembeli dalam tempoh ini.

Promosi tempahan awal ROG Phone 6 akan dibuka mulai 6 Julai. Ia boleh ditempah di kedai rasmi Asus di Shopee, serta di beberapa saluran luar talian. Pembeli dalam tempoh promosi akan menerima hadiah percuma bernilai RM548 iaitu jaminan tambahan tahun kedua serta AeroActive Cooler 6.

image is not available

Selain itu, pembeli tempahan awal di Shopee juga layak menerima diskaun 10% untuk membeli produk ROG Slash yang baru.

Kepada yang memang sangat berminat untuk memiliki ROG Phone 6, dapatkannya dalam tempoh promosi ini kerana telefon anda akan dijamin selama 2 tahun, serta menerima kipas penyejuk dan penghawa dingin AeroActive Cooler 6. Ia penting untuk memastikan telefon anda kekal dingin beku semasa bermain game.

Untuk mengenali lebih lanjut tentang ROG Phone 6, semak artikel kami tentang pelancarannya di sini.

Bacaan Berkaitan