Asus ROG Phone 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 10 Mei 2023

TechnologyDigital
15 Apr 2023 • 10:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Asus ROG Phone 7

Asus telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dalam arena permua, iaitu Asus ROG Phone 7. Sebanyak dua model ditawarkan, iaitu ROG Phone 7 dan juga ROG Phone 7 Ultimate.

Berkongsi mengenai penawaran ia ke pasaran Malaysia, Asus Malaysia menyasarkan tarikh 10 Mei untuk penjualannya di Malaysia. Harga jualan dijangka dikongsikan pada tarikh tersebut.

image is not available

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dengan kadar segar semula 165Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, dilengkapi tri kamera belakang dengan sensor utama 50-megapixel, serta bateri 6000mAh dengan pengecasan 65W.

Versi Ultimate turut menyertakan beberapa ciri tambahan, termasuk sokongan penyejukkan yang lebih baik berbanding model biasa.

image is not available

Seperti biasa, Asus juga turut menyediakan beberapa aksesori khusus, selain mengoptimasikan telefon pintar berkenaan untuk tujuan permainan video.

Bagi para peminat telefon ROG Phone 7 ini, sama-sama kita nantikan Mei ini untuk mengetahui harga jualannya.