Asus ROG Phone 7 Akan Dilancarkan Pada 13 April 2023

TechnologyDigital
23 Mar 2023 • 9:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Asus kini mengacah kehadiran telefon pintar permua mereka yang terbaru, iaitu ROG Phone 7.

Melalui perkongsian di media sosial, Asus ROG Phone 7 diperlihatkan bakal dilancarkan secara rasminya pada 13 April 2023 kelak. Pelancarannya juga akan ditayangkan secara langsung melalui media sosial.

image is not available

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan ROG Phone 7 ini masih tidak diketahui. Jikalau mengikut trend sebelum ini, kita akan dapat melihat penawaran kadar segar semula tinggi, butang kawalan khas, pengoptimasian penggunaan bateri, serta rekaan dengan lampu LED pada kerangka belakang.

Dengan perkongsian terbaru Asus ini, sama-sama kita nantikan 13 April 2023 untuk pelancaran rasmi telefon ROG Phone 7 ini.