ASUS ROG Phone 8 Menerima Potongan Harga – Kini RM3,599

TechnologyDigital
26 Aug 2024 • 2:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS ROG Phone 8 adalah fon mercu Gaming yang cukup baik. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3, skrin AMOLED 6.78-inci 165Hz, memori 12GB RAM, kamera 50MP dan dijual pada harga RM3,999. ROG Phone 8 ini cukup baik sehingga salah seorang penulis di Amanz tukar dari iPhone ke telefon ini. Terbaru, ASUS Malaysia telah menawarkan potongan harga untuknya.

image is not available

ROG Phone 8 yang sebelum ini dijual pada harga RM3,999 kini boleh didapatkan dengan harga RM3,599. Menariknya, setiap pembelian akan melayakkan anda mendapatkan ROG Slash Crossbody Bag yang bernilai RM409. Dengan kata lain, anda sebenarnya membeli fon gaming ini pada harga RM3190 jika anda berjaya jual semula beg percuma yang diberikan.

image is not available

Promosi ini terhad hanya sempena sambutan kemerdekaan di Malaysia yang ke-67. Ia bermula hari ini 29 Ogos dan akan tamat pada 16 September.