ASUS Malaysia hari ini telah akhirnya mengumumkan bahawa peranti pintar gaming terbaru mereka, ASUS ROG Phone 9 sudah mula dijual di pasaran tempatan. Ia akan dalam tiga pilihan peranti, termasuklah ASUS ROG Phone 9, ASUS ROG Phone 9 Pro dan ASUS ROG Phone 9 Pro Edition.

Dari segi rekaan, siri peranti ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 2400×1080 yang sama, dengan kadar segar semula setinggi 185Hz dengan nilai kecerahan High Brightness Mode 1600 nit.

Model ASUS ROG Phone 9 dilengkapi dengan memori LPDDR5X sebanyak 12GB dan pilihan storan 256GB dan 512GB. ROG Phone 9 Pro hadir dengan memori LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 setinggi 512GB, manakala untuk ROG Phone 9 Pro Edition, ia tampil dengan penawaran memori 24GB dan juga storan setinggi 1TB. Ia juga menggerakkan sistem operasi Android 15 terbaru dengan antaramuka ROG UI terbaru.
Satu lagi penaiktarafan yang diperlihatkan pada siri ROG Phone 9 Pro ialah dari aspek kamera. Ia menggunakan sensor Sony Lytia 700 50MP terbaru yang hadir dengan sistem 6-axis Hybrid Gimbal Stabilizer 4.0 yang menjanjikan gambar yang lebih stabil dan juga katup yang lebih pantas walaupun dengan gegaran yang teruk.

Dua lagi kamera yang digunakan ialah kamera makro 5MP pada model ROG Phone 9 biasa, dan kamera telefoto 32MP dengan ciri zum x3 dengan sistem OIS terbina. Untuk lensa kamera ketiga pula, ia hadir dengan sensor ultra-lebar 13MP dengan ciri zum 0.7x.
Dengan siri ROG Phone 9 juga, anda boleh menggunakan butang AirTrigger sebelah kanan untuk dijadikan sebagai butang katup kamera untuk membolehkan anda mengambil gambar atau merakam video dengan lebih mudah. Peranti ini juga kini hadir dengan ciri penuras Photo Vibe yang memperlihatkan warna gambar yang lebih menarik

Kali ini, paparan skrin AniMe Vision yang ditawarkan adalah lebih besar dengan 648 titik LED yang bukan sahaja mampu menyokong imej yang lebih besar, tetapi juga teks dalam bahasa Mandarin dan Jepun.

Bukan itu sahaja, khusus untuk dua peranti ROG Phone 9 Pro dan ROG Phone 9 Pro Edition, paparan AniMe Vision ini hadir dengan kebolehan untuk memainkan beberapa permainan ringkas yang ditawarkan melalui perisian Armoury Crate yang juga merumahkan pelbagai tetapan untuk menambahbaik prestasi peranti ini.

ASUS juga dilihat telah menambahkan ciri AI tambahan untuk beberapa permainan seperti Genshin Impact, Mobile Legends dan sebagainya yang mempercepatkan dan memudahkan anda memainkan permua-permua kegemaran anda.

Bercakap mengenai permua, ASUS juga telah memperkenalkan ciri GameCool 9 yang hadir dengan sistem penyejukan sama pada ROG Phone 8 sebelum ini, tetapi dengan lapisan graphite yang lebih besar. Dalam pada itu, bateri siri ROG Phone 9 juga telah ditambahbaik ke 5800mAH dengan pengecasan HyperCharge 65W dan juga pengecasan nirwayar Qi 1.3 yang boleh mengecas peranti ini pada kadar 15W.
ASUS ROG Phone 9 hadir dengan pilihan warna Storm White dan Phantom Black, dimana model ROG Phone 9 Pro dan ROG Phone 9 Pro Edition hadir dalam pilihan Phantom Black sahaja. Tanda harga untuk pasaran Malaysia termasuklah:
- ASUS ROG Phone 9 – Storm White & Phantom Bla ck (12 GB + 256 GB) – RM3999
- ASUS ROG Phone 9 Pro – Phantom Black (16 GB + 512 GB) – RM4999
- ASUS ROG Phone 9 Pro Edition – Phantom Black (24 GB + 1 TB) – RM5999
Dalam pada itu, ASUS Malaysia juga akan menawarkan aksesori-aksesori berikut untuk digunakan bersama-sama ROG Phone 9:
- ASUS ROG Phone 9 Chill Case – RM199
- ASUS ROG Tessen Mobile Controller – RM568
- ASUS ROG Phone 9 DEVILCASE RM149

