ASUS ROG Prism Delta 2 Dengan Sokongan Tri-Mod dan Bateri 110 Jam Dilancarkan

TechnologyDigital
4 Jun 2024 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS ROG Prism Delta 2 turut telah dilancarkan di Computex dengan ia adalah fon kepala gaming tiga mod. Ia boleh disambung kepada peranti menggunakan tambatan bluetooth, 2.4 GHz dan kabel 3.5mm. Cawan telinga dilengkapi pemandu audio 50mm dengan kubah titanium dan juga sistem lampu RGB.

image is not available

Kekuatan fon kepala ini ialah ketahanan bateri sehingga 100 jam dengan sekali caj. Bagi golongan gamer pula, span pada cawan dan angkup telinga direka untuk memberikan keselesaan untuk pemakaian yang lama.

image is not available

Menerusi teknologi DualFlow pula, Prism Delta 2 boleh disambungkan kepada dua peranti serentak. Satu menerusi BT dan satu lagi menerus 2.4 GHz. Dongel untuk sistem 2.5GHz pula menggunakan sambungan USB-C. ASUS ROG Prism Delta 2 akan mula dijual bermula Q3 2024 tetapi harga belum diumumkan.