ASUS ROG Xbox Ally Menerima Ciri Profil Yang Mengoptimasi Prestasi Permainan

TechnologyGaming
26 Nov 2025 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ASUS ROG Xbox Ally dan Xbox Ally X bakal menerima ciri Default Game Profiles yang secara automatik memberikan tetapan terbaik untuk permanian dijalankan pada konsol mudah alih ini. Pada peringkat awal, sebanyak 40 permainan paling popular telah dioptimasikan.

image is not available

Sesetengah tetapan akan meningkatkan hayat bateri sementara tetapan lain meningkatkan prestasi supaya permainan lebih lancar tetapi mengorbankan hayat bateri. Antara permainan yang kini mempunyai profil ini ialah Call of Duty: Black Ops 7, Indiana Jones and the Great Circle, Fortnite, Gears of War: Reloaded, dan Hollow Knight: Silksong. Default Game Profiles hanya akan diaktifkan apabila permainan dijalankan menggunakan kuasa bateri sahaja.

Selain itu Microsoft juga memberikan kemas kini yang menambah baik prestasi Gamepad, muatan pustaka permainan yang lebih pantas dan prestasi penstriman awanan yang lebih baik. Untuk menikmati Default Game Profiles, sila kemas kini ROG Xbox Ally dengan versi terkini Armoury Crate SE, the Xbox PC app, dan Windows 11 hari ini.