ASUS ROG Xreal R1 Ialah Cermin Mata Gaming AR Pertama Dunia

TechnologyGaming
5 Jan 2026 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS ROG Xreal R1 dilancarkan sebagai sepasang cermin mata AR gaming pertama di dunia yang menggunakan skrin Micro OLED FHD dengan kadar segar semula 240Hz. Apabila dipadankan dengan peranti seperti ASUS ROG Xbox Ally, ia menjadi skrin maya sehingga 171 inci dengan pandangan 4 meter.

image is not available

Ciri lain ialah sudut pandangan 57 darjah dan sistem audio Bose terbina pada bahagian tangkai. Sambungan boleh dilalukan terus menggunakan kabel USB-C atau menerusi dermaga ROG Control Dock. Ia mempunyai dua sambungan HDMI 2.0 dan satu sambungan DP 1.4. Berat keseluruhan cermin mata ialah 91 gram.

image is not available

Dari segi rekaan ia mempunyai rekaan yang sama dengan Xreal One yang dilancarkan sebelum ini tetapi dengan kemasan gaming lebih agresif selari dengan jenama ROG. Spesifikasinya sebenarnya lebih rendah jika dibandingkan Xreal 1S yang turut dilancarkan hari ini. Harga belum diumumkan tetapi produk ini akan dipasarkan dalam H1 2026.