Asus ROG Zephyrus G14 & G15 (2022): Gaming berstail pada harga bermula RM7,999

Digital
16 Jun 2022 • 5:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda nakkan laptop yang lebih premium daripada Asus TUF Dash F15, ada dua siri ROG Zephyrus yang akan penuhi keperluan anda iaitu ROG Zephyrus G14 dan G15.

image is not available

Harga Asus ROG Zephyrus G14 & G15 (2022) di Malaysia

Kedua-dua siri Zephyrus G14 dan G15 ditawarkan dalam dua varian. Berikut adalah harganya:

  • ROG Zephyrus G14 (GPU Radeon RX 6700S) – RM8,499 (Lazada, Shopee)
  • ROG Zephyrus G14 (GPU Radeon RX 6800S) – RM9,999 (Lazada, Shopee)
  • ROG Zephyrus G15 (GPU RTX 3060) – RM7,999 (Lazada, Shopee)
  • ROG Zephyrus G15 (GPU RTX 3070 Ti) – RM9,999 (Lazada, Shopee)

Dengan setiap pembelian, anda akan beroleh langganan 1 bulan Microsoft PC Game Pass.

Spesifikasi Asus ROG Zephyrus G14 & G15 (2022)

Ciri unik laptop ini adalah panel belakang berlampu yang dipanggil AniMe Matrix. Ia boleh diprogramkan untuk paparkan imej yang anda suka. Ada 8,279 LED yang boleh anda gunakan untuk membina imej.

image is not available
Zephyrus G14

Tak cukup dengan itu, semua laptop Asus ROG tahun 2022 akan dilengkapi suis MUX. Ciri yang bolehkan GPU memintas CPU pada segi memaparkan imej di skrin. Katanya boleh menambah baik FPS sewaktu bermain games.

image is not available

Kita mulakan dengan yang lebih kecil iaitu G14. Ini adalah laptop 14" dengan resolusi QHD (2560 x 1600, WQXGA) 120Hz. Atas papan utama ia diperkasa Ryzen 7 6800HS. Ada dua varian yang boleh anda dapatkan untuk G14 iaitu yang ada GPU Radeon RX6800S bersama-sama RAM 32GB ataupun GPU Radeon RX6700S bersama-sama RAM 16GB. Kedua-dua varian masih diberikan storan 1TB NVME untuk penyimpanan data.

image is not available
Zephyrus G14

Zephyrus G15 adalah saudara yang lebih besar. Ia ada paparan 15.6" QHD (2560 x 1440,WQHD) 240Hz. Macam Zephyrus G14, G15 juga ada dua varian. Satu yang ada GPU RTX 3070 Ti dengan RAM 32GB ataupun satu lagi RTX 3060 dengan RAM 16GB. Storan yang diberikan adalah 1TB NVME.

image is not available
Zephyrus G15

Kedua-dua siri laptop ini mempunyai fizikaliti hampir serupa. Anda beroleh bilangan port I/O yang sama. Antara yang boleh anda temui adalah jek audio 3.5mm, satu port HDMI 2.0, dua port USB-A 3.2, 2 port USB-C yang salah satunya menyokong Power Delivery, port LAN RJ45, dan pembaca kad mikro-SD.

Di dalam kotak, ASUS membekalkan pengecas 100W dalam bentuk USB-C. Namun, laptop ini menyokong pengecasan jenis barrel untuk penyaluran kuasa pada paras 240W.

Bacaan berkaitan