ASUS ROG Zephyrus G16 Dan TUF Gaming laptop A14 Kini Boleh Dipra-Tempah – Harga Bermula RM7599

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas, di acara Computex 2024 ASUS telah melancarkan beberapa laptop gaming AI. Dua daripadanya kini ditawarkan ke pasaran Malaysia. Dua laptop ini adalah ROG Zephyrus G16 dan TUF Gaming A14.

image is not available

ROG Zephyrus G16

Laptop ini menggunakan skrin 16-inci ROG Nebula Display OLED beresolusi 2.5K (2560 × 1600) dan menyokong kadar segar semula 240Hz. Ia turut menyokong G-Sync, VESA DisplayHDR, TrueBlack 500 dan Dolby Vision. Malaysia terdapat dua pilihan sama ada NVIDIA GeForce RTX 4060 atau RTX 4070.

image is not available

Zephyrus G16 menyokong ciri AI meningkat resolusi permainan video serta memproses AI dari dalam peranti dengan kuasa 402 TOPS. Kipas ROG Intelligent Cooling turut dimuatkan untuk sistem penyejukan dengan teknologi Arc Flow Fans. ASUS menawarkan memori 32GB RAM LPDDR5X untuk kedua-dua varian tetapi storan pula berbeza. Model dengan RTX 4060 terhad kepada 1TB sementara model dengan RTX 4070 pula dengan 2TB.

image is not available

Bateri laptop adalah 90Wh, sambungan pula menyertakan 1x USB4 (DP/PD), 1x Type-C USB 3.2 Gen 2 (DP/PD), 2x Type-A USB 3.2 Gen2, 1x HDMI 2.1, 1x pembaca kad SD (SD 7.0), 1x bicu audio 3.5mm dan 1x ASUS Slim Power Jack. Sokongan WiFi 7 dan Bluetooth 5.4 turut boleh digunakan pada laptop ini. Untuk speaker ASUS Zephyrus G16 menggunakan sistem stereo dengan Smart Amplifier dan Dolby Atmos yang turut menyokong audio Hi-Res.

TUF Gaming A14

ASUS tidak melupakan siri TUF Gaming iaitu keluarga laptop gaming mampu milik berbanding ROG Zephyrus. Untuk pasaran Malaysia hanya satu model di bawa masuk iaitu A14 dengan cip AMD Ryzen AI 9 HZ 370 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 (TGP 100W).

image is not available

Skrin laptop adalah 14-inci 2.5K (WQXGA, 2560×1600) dengan kadar segar semula 165Hz daripada panel IPS. Hanya satu variasi ditawarkan iaitu dengan memori 16GB LPDDR5X + storan 1TB M.2 2280 PCIe 4.0 SSD. Speaker laptop adalah stereo dengan Dolby Atmos yang turut menyokong audio Hi-Res.

image is not available

Untuk sambungan TUF Gaming A14 mempunyai 1x USB4 (DP/PD), 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 2x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1, 1x pembaca kad MicroSD (UHS II) dan 1x bicu audio 3.5mm. Bateri laptop adalah 76Wh dan beratnya pula 1.46 kg.

Harga

  • ASUS Zephyrus G16
    • RTX 4060, 32GB + 1TB – RM 11,499 (Eclipse Gray atau Platinum White)
    • RTX 4070, 32GB + 2TB – RM 13,499 (Eclipse Gray sahaja)
  • ASUS TUF Gaming A14
    • RTX 4060, 16GB + 1TB – RM7,599

ASUS Malaysia membuka pra-tempahan bermula hari ini sehingga 31 Julai 2024. Setiap pembelian Zephyrus G16 akan melayakkan anda menerima bagasi ROG SLASH Hard Case yang bernilai RM999. Sementara mereka yang membeli ASUS TUF Gaming A14 akan menerimaTUF Gaming Monitor (VG249Q3A) yang bernilai RM755.