Asus tak lagi benar bootloader Zenfone dan ROG Phone dinyahkunci

Digital
8 Aug 2023 • 3:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus didapati tidak lagi menawarkan kemudahan menyahkunci bootloader kepada penggunanya. Apabila pertanyaaan disalurkan kepada pihak Asus, salah seorang pengguna berkongsikan jawapan yang Asus memang tidak lagi membenarkan bootloader telefon mereka dibuka.

image is not available

Tidak setakat pengguna Zenfone telah dihalang untuk menyahkunci bootloader, didapati yang kemudahan nyahkunci untuk ROG Phone 7 juga telah tiada sejak awal tahun 2023 lagi. Apabila pengguna tersebut menghubungi pihak Asus, dia dimaklumkan yang perisian yang terlibat sedang dinaik taraf dan dijangka siap dalam Suku 3 2023, namun sejak itu, tiada perkembangan terbaharu dikongsikan.

Dengan tiadanya bootloader terbuka, maka pengguna tidak lagi boleh memasang custom firmware kepada telefon Asus. Golongan yang cenderung gunakan Android berbanding iOS sebahagian besarnya disebabkan keversatilannya untuk diubah suai mengikut citarasa penggunaanya pada tahap yang lebih mendalam berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, bootloader yang tidak dikunci adalah gerbang kepada pengubahsuaian itu.

Bacaan berkaitan

View Original Article