ASUS TUF Gaming F16 Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 5,999

TechnologyDigital
19 Jan 2024 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS mengemaskini barisan komputer riba di Malaysia menerusi pengenalan TUF Gaming F16 pada hari ini. Ia meneruskan trend terdahulu dengan binaan tahan lasak bersama spesifikasi berkuasa untuk pengalaman gaming tanpa kompromi.

image is not available

Bagi yang berminat ASUS TUF Gaming F16 dijual dengan harga permulaan RM5,99 (NVIDIA GeForce RTX 4050) dan RM6,299 (GeForce RTX 4060). Ketersediaan bermula 24 Januari 2024 yang boleh dibeli melalui pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia.

image is not available

Untuk spesifikasi komputer riba menawarkan skrin IPS LCD 16″ dengan resolusi FHD dan kadar segar semula 165Hz. Ini dipadan juga dengan CPU Intel Core i7 processor 13650HX bersama GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060. Gabungan memori 16GB RAM DDR5-4800 dan storan 1 TB M.2 PCIe 4.0 SSD juga melengkapi komputer riba.

image is not available

Seterusnya komputer riba juga mempunyai bateri sebesar 90Wh dan pembesar suara Dolby Atmos. Pilihan I/O disediakan pula termasuk DC-in jack, RJ45 LAN (1 Gbps), HDMI 2.1 FRL, Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 2 Type-C, DisplayPortimage is not available 1.4, USB 3.2 Gen 1 Type-A, kekunci Kensington dan bicu audio 3.5mm.