ASUS ZenBook 14 Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan AMD Ryzen 7000U

TechnologyDigital
31 Oct 2022 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 untuk komputer riba dijangka hanya akan dilancarkan pada tahun hadapan, akan tetapi ASUS Turkey dilaporkan telahpun memperlihatkan salah satu penawaran akan datang mereka, iaitu komputer riba ASUS ZenBook 14.

Komputer riba ini dilihat hadir dengan paparan bersaiz 14 inci dengan resolusi 2.5K dan kecerahan 400 nit. Melalui iklan yang diperlihatkan, komputer riba ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 7000U yang terbaru, bersama 16GB memori DDR5 dan juga storan SSD NVMe PCIe 3.0 sebesar 1TB.

image is not available

Apa yang menarik mengenai siri CPU ini ialah ia akan dibangunkan dengan cip-cip pemprosesan AMD yang terbaru dan juga lama, termasuklah AMD Zen 4, Zen 3 dan Zen 2.

Dari segi penawaran kad grafik pula, ASUS ZenBook 14 hadir dengan kad grafik AMD Radeon, dan dijangka akan menggunakan kad grafik RDNA 2 dan 3, bergantung kepada model. Dari segi pilihan palam pula, komputer riba ini dilihat hadir dengan sekurang-kurangnya dua USB Type-C, dan akan hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi 6E.

image is not available

Dari segi saiz dan berat, komputer riba ini hadir dengan ketebalan 16.9mm dan mempunyai berat 1.4kg yang menjadikannya sebuah komputer riba yang cukup ringan sekali.

Komputer riba ini akan tiba secara berperingkat, dimana model-model dengan cip pemprosesan Zen 2 dan Zen 3 akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, manakala model dengan cip pemprosesan Zen 4 akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.