ASUS Zenfone 11 Ultra Tertiris – Hanya Sebuah ROG Phone 8

TechnologyDigital
8 Feb 2024 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, terdapat ura-ura yang Zenfone 10 akan menjadi peranti terakhir Zenfone. Asus kemudian menyatakan perkara ini tidak benar. Tetapi dengan imej dan butiran Zenfone 11 Ultra ini tertiris, Zenfone benar-benar telah “berakhir” kerana peranti ini jelas kelihatan hanya sebuah ROG Phone 8 yang dijenamakan semula.

Zenfone 11 Ultra bukan lagi peranti mercu kompak yang semua banggakan seperti generasi sebelum. Ia menggunakan skrin 6.78-inci AMOLED LTPO 144Hz, FHD+, dijana Snapdragon 8 Gen 3, dilengkapi dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X RAM, storan mencapai 512GB UFS 4.0, kamera 50+13+32 Megapixel, kamera swafoto 32MP, bateri 5500mAH dan pengecasan pantas 65W HyperCharge. Sokongan pengecasan nirwayar 15W turut disertakan.

image is not available
Sumber: Evan Blass

Menariknya, walaupun sudah tahun 2024 – ASUS masih akan memberikan port bicu audio 3.5mm. Speaker pula adalah stereo yang ditala Dirac audio. Tidak boleh menafikan lagi yang ini adalah ROG Phone 8 cuma rekaannya tidak ranggi dan mempunyai lima pilihan warna iaitu Eternal Black, Skyline Blue, Misty Gray, Verdure Green atau Dessert Sienna.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved