ASUS Zenfone 9 Dilancarkan Dengan Skrin 5.9″ 120Hz, Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Kamera Gimbal

TechnologyDigital
28 Jul 2022 • 9:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ASUS Zenfone 9 akhirnya dilancarkan hari ini sebagai peranti Android kompak yang kini boleh dikatakan adalah spesis yang terancam. Ia dilengkapi skrin 5.9″ 120Hz, dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 16GB LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.1, dan bateri sebesar 4300 mAh yang menyokong pengecasan 30W.

image is not available

Lebih menarik ialah ia dilengkapi dwi-kamera sahaja tetapi salah satunya menggunakan sensor 50MP Sony IMX766 lengkap dengan sistem penstabilan gimbal 6-paksi dan satu lagi lensa sudut ultra lebar 12MP. Kemampuan rakaman video adalah sehingga 8K 24p. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 12MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera.

image is not available

Peranti turut masih mempunyai bicu audio 3.5mm dan speaker stereo. Terdapat sokongan untuk audio DIRAC dan Qualcomm aptX Lossless untuk pengalaman audio yang baik. Kemampuan kalis air IP68 turut tidak ketinggalan pada peranti mercu kompak ini.

image is not available

Butang kuasa pada sisi kanan dilengkapi pengimbas cap jadi dengan sistem Zen Touch yang membolehkan skrin ditatal menggunakan permukaan butang kuasa. Harus dikatakan pakej Zenfone 9 ini amatlah menarik dengan ciri-ciri menarik dalam pakej kompak. Peranti akan dijual pada harga bermula €799 (~RM3615) untuk model 8/128GB dalam warna Starry Blue, Moonlight White, Midnight Black dan Sunset Red.