Asus Zenfone 9 mungkin pilihan terbaru peminat telefon kompak

Digital
8 Jul 2022 • 8:41 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat yang sukakan telefon bersaiz kompak, selain iPhone 13 Mini, mereka sudah tiada calon lain untuk dipilih kecuali Zenfone 8. Namun menerusi beberapa maklumat yang terbocor, Asus mungkin meneruskan trend telefon kompak pada siri Zenfone 9 mereka.

image is not available

Zenfone 9 didakwa berada dalam ketegori telefon bawah 6" dengan panel paparan AMOLED 120Hz dan lubang di bahagian dahi untuk menempatkan kamera selfie. Saya sukakan ketebalan bingkai yang sama rata di kesemua sisi kerana ia sedap dipandang berbanding telefon yang ada bingkai supernipis di tiga sisi kecuali bahagian dagu.

image is not available

Sekiranya anda perlukan jek audio untuk aksesori tambahan, daripada video yang dikongsikan, ia memang ada jek audio dan mungkin satu-satunya flagship yang hadir dengan ciri ini. Bukan itu saja, ia juga kalis air pada paras IP68.

image is not available

image is not available

Ada dua aksesori menarik yang boleh dipadankan bersama telefon ini. Aksesori pertama adalah pemegang telefon yang boleh ditambat pada tali beg untuk memegang telefon sewaktu emrakam pandangan POV dan satu lagi casing yang juga ada kaki penyangga.

image is not available

image is not available

Seandainya siri Zenfone 9 tiba di Malaysia, jangkakan harganya lebih tinggi berbanding siri 8 sedia ada. Untuk rujukan, berikut adalah senarai harga siri Zenfone 8 di dalam pasaran kita:

  • Zenfone 8 RAM 8GB + storan 128GB RM2,699
  • Zenfone 8 RAM 16GB + storan 256GB RM3,299
  • Zenfone 8 Flip 8GB + storan 256GB RM2,999

Bacaan berkaitan

View Original Article