Asyik Ayam Je, Ini Resipi Telur Geprek Wajib Cuba

FoodCooking
15 Jan 2024 • 10:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Asyik Ayam Je, Ini Resipi Telur Geprek Wajib Cuba

Ayam gepuk, ayam penyet dan ayam geprek merupakan salah satu menu yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun hidangan itu terlihat biasa, tetapi sambal cili yang pedas, ulam kegemaran, nasi putih, sup kosong, tempe, dan tauhu goreng boleh membuatkan seseorang ingin makan berkali-kali.

Selain ayam, ada juga pilihan lain seperti beberapa jenis ikan, daging, sotong dan udang yang dijadikan gepuk, penyet ataupun geprek. Namun, harga sepinggan makanan ini boleh mencecah berbelas ringgit di kedai, mungkin tidak termasuk sekali air. Untuk orang yang sedang berjimat cermat, mesti perlu berfikir panjang untuk membeli.

Jangan risau, ada alternatif lain untuk makan sedap dengan cara menjimatkan. Resipi yang dikongsikan oleh kami sangat mudah dan mesra poket. Nak buat hari-hari pun boleh.

Mungkin dah jemu selalu makan ayam geprek, jadi min nak kongsikan resipi telur geprek pula. Jarang dengar orang buat telur geprek kan? Jom tengok resipi kat bawah ni.

Resipi Telur Geprek

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah telur (tidak kisah berapa biji yang anda mahu guna). Kemudian, sediakan tepung serbaguna dan minyak untuk menggoreng. Manakala, untuk sambal, anda perlukan cili padi merah 15 biji, 3 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, kacang gajus, perasa tambahan dan gula garam secukupnya.

Cara Buat Sambal

Mula-mula, panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Sementara menunggu minyak panas, tumbuk atau gesek cili padi merah, bawang putih bersama dengan kacang gajus. Masukkan perasa tambahan dan gaul rata bahan-bahan tadi. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali, tuang minyak panas ke atas cili.

image is not available
Gambar: masakapahariini

Dah siap! Terpulang kepada anda jika anda ingin letak sambal ke atas telur atau letak di pinggan berasingan. Selain sambal, anda juga boleh makan bersama kicap. Selamat mencuba.

View Original Article