“Asyik Bawa Watak Sama..” – Ramai Masih Tak Puas Hati Dengan Lakonan Park Seojoon?

26 Dec 2023 • 3:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kalau cakap tentang siapakah pelakon lelaki berbakat di Korea Selatan, nama Park Seo-joon pastinya tidak akan terkecuali.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah kembali menemui penonton dengan drama baru “Gyeongseong Creature” di Netflix, menunjukkan kebolehan lakonannya dengan membawa watak sebagai Jang Tae-sang.

Namun menerusi forum di komuniti dalam talian, netizen kebanyakannya berbelah bahagi dengan bakat lakonan lelaki itu dan menilainya daripada baik, sederhana dan buruk.

image is not available

Meskipun ramai yang memuji bahawa lakonan Park Seo-joon adalah mengagumkan namun, ada juga yang mempunyai pendapat sebaliknya dan menulis,

Dia muncul dalam banyak karya tetapi wataknya tidak begitu pelbagai.

 

Lakonannya tidaklah teruk tetapi secara peribadi, saya tidak pernah merasakan seperti ‘Wow lakonannya sangat bagus’.

 

Saya rasa lakonannya sederhana sahaja tetapi selepas tonton ‘Gyeongseong Creature’, saya rasa ia teruk.

 

Saya rasa dia perlu mainkan watak yang sesuai dengannya.

 

Dia sentiasa berlakon dengan watak yang sama.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.