Asyraf Khalid Mohon Maaf Kepada Fazura, Akui Silap Campur Tangan Hal Rumah Tangga!

LocalFamily & Parenting
29 Mar 2026 • 8:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Usahawan terkenal, Asyraf Khalid akhirnya tampil memohon maaf kepada pelakon Fazura susulan kenyataannya sebelum ini yang menyentuh isu rumah tangga aktres berkenaan.

Menurut laporan mStar, Asyraf berkata peluang itu hadir ketika mereka bertemu di majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu lalu.

“Saya tak sepatutnya campur tangan” – Asyraf Khalid

image is not available

Asyraf mengakui kesilapannya dan menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya memberi komen atau masuk campur dalam hal peribadi orang lain.

Saya tidak sepatutnya mengulas atau campur tangan dalam isu orang lain.

Tambahnya lagi, Fazura menerima permohonan maaf tersebut dengan baik dan perbualan mereka selepas itu berjalan dengan tenang.

Dia (Fazura) mendengar dan menerima permohonan maaf saya… Dia benar-benar baik hati.

Belajar dari kesilapan, mahu jadi lebih baik

image is not available

Asyraf turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenyataannya sebelum ini dan berjanji untuk berubah.

Kepada sesiapa yang terkesan dengan apa yang saya katakan dulu, saya minta maaf. Saya telah belajar dan akan berusaha menjadi lebih baik.

Terdahulu, Asyraf dan isterinya, Tya Arifin menerima kecaman selepas membincangkan pergolakan rumah tangga Fazura dengan bekas suaminya, Fattah Amin dalam sebuah podcast.

Pssttt! Dalam hidup, tak semua perkara perlu kita ulas. Jaga kata-kata, hormati privasi orang lain itu lebih matang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Asyraf Khalid Mohon Maaf Kepada Fazura, Akui Silap Campur Tangan Hal Rumah Tangga! appeared first on Oh! Media.