
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
Tindakan saman sebanyak RM1 juta itu diambil Asyraf selepas Papagomo didakwa menuduhnya menyeleweng dana agensi berkenaan.
Difahamkan Papagomo mendakwa Dr Asyraf terbabit dalam mengagihkan tender makanan serta projek-projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dengan menggunakan duit agensi itu untuk membeli lembu korban di Gerik, Kedah dalam satu siaran langsung di media sosial.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Seleweng Dana MARA, Asyraf Wajdi Mahu Saman Papagomo RM1 Juta [Video]
Harap menang saman fitnah terhadap Papagomo
Terbaharu, Asyraf berharap agar memperoleh kemenangan berhubung kes saman fitnah sebanyak RM1 juta terhadap Papagomo.
Malah Asyraf turut bertekad serta berazam untuk memberikan setiap duit kemenangan itu kepada pelajar miskin yang memerlukan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Mudah-mudahan saman fitnah RM1 juta saya ke atas beliau juga dapat disegerakan tarikh perbicaraaannya kepada pihak mahkamah.
“Insya-Allah saya bertekad dan berazam, jika menang saman fitnah kelak, setiap sen yang diterima tidak akan saya gunakan untuk peribadi, sebaliknya akan saya sumbangkan semuanya kepada pelajar-pelajar miskin untuk tujuan melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi atau pun institusi pendidikan MARA,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara kepada Papagomo kerana hina mahkamah
Dalam hantaran sama, Asyraf turut berkongsi tangkap layar laporan media berkaitan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 hari kepada Papagomo sebaik didapati melanggar perintah injuksi mengenai saman fitnah yang difailkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman GanTechiong selepas mendapati Papagomo bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah injuksi sebanyak dua kali.
Selain hukuman penjara 30 hari, Papagomo turut diperintah membayar kos RM30,000 kepada Razarudin dalam tempoh tiga hingga empat hari, lapor Kosmo.
Source:

