Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian

LocalFamily & Parenting
12 Oct 2026 • 12:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhasrat membantu seorang pelajar berusia 19 tahun yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi terpaksa menangguhkan pengajian ke universiti akibat kekangan kewangan.

Beliau berkata, pelajar berkenaan dilaporkan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi mencari pendapatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak muda itu supaya memaklumkannya dengan segera.

Menurutnya, situasi tersebut mengingatkannya kepada kisah seorang pelajar cemerlang dari Kampung Pahat, Gerik yang terpaksa menangguhkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana masalah kewangan.

Katanya, pelajar berkenaan terpaksa bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang bagi mengumpul wang untuk menyambung pengajian.

Beliau berkata, bapa pelajar itu terlantar di atas katil akibat serangan angin ahmar, manakala ibunya turut uzur.

“Insya-Allah untuk kedua-dua kes ini, saya akan bantu segera dan pastikan mereka dapat menyambung pengajian dengan segala bantuan yang diperlukan.

“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa hanya ilmu yang boleh merubah kehidupan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved