Asyraf Wajdi saman pemilik akaun, fitnah isu TH

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 12:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Asyraf Wajdi saman pemilik akaun, fitnah isu TH
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mengemukakan notis tuntutan dan saman berjumlah RM5 juta terhadap seorang pemilik akaun media sosial yang didakwa memfitnahnya berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau berkata, pemilik akaun dikenali sebagai Abied Abdullah itu didakwa sengaja mencetuskan persepsi jahat untuk memfitnah dan merosakkan reputasinya.

"Ini semua fitnah untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya, sedangkan saya tidak terlibat langsung dalam apa jua isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji ini.

"Barisan peguam saya akan siapkan Notis Tuntutan dan prosiding saman sebanyak RM5 juta kerana 'posting' fitnah ini telah tersebar secara meluas dan merosakkan reputasi saya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, dari awal pihaknya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang disyaki melakukan rasuah atau salah guna kuasa melibatkan TH.

Jelasnya, isu melibatkan agensi itu timbul ketika Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan sehingga kini, tiada pihak yang telah didakwa.

"Sebagaimana kemenangan dalam kes-kes saman saya sebelum ini, insya-Allah setiap sen yang saya dapat jika menang dalam kes saman RM5 juta ini, saya bertekad akan salurkan semuanya kepada Yayasan Pelajaran MARA.

"Wang tersebut dapat membantu setiap anak-anak miskin yang hadapi kesukaran untuk menyambung pengajian ataupun menghadapi masalah kewangan dalam pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan tinggi," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved