Asyraf Wajdi ucap tahniah kepada Jemaah Menteri baharu -“Ia adalah amanah besar…”

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 5:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di media sosial miliknya telah mengucapkan tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available

Asyraf Wajdi ucap tahniah!

Beliau memaklumkan bahawa amanah yang diberikan kepada barisan Jemaah Menteri dalam kabinet baharu kerajaan adalah satu bentuk tanggungjawab, bukan kemasyuran.

“Tahniah kepada Barisan Jemaah Menteri yang baharu.
“Beringat selalu bahawa ia adalah amanah besar (taklif) yang akan dipertanggungjawabkan bukan satu bentuk kemasyuhuran (tashrif) untuk dibanggakan,” tulisnya.

image is not available

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan barisan menteri dan timbalan menteri selepas melakukan rombakan dalam kabinet Kerajaan Madani.

image is not available

Dapat dilihat beberapa menteri dan timbalan menteri telah ditukarkan portfolio serta beberapa nama digugurkan.

Selain itu, beberapa muka baru turut berada dalam kabinet bagi memperkuat dan memperkukuhkan lagi pentadbiran negara.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki