Atari 2600+ Dilancarkan Semula Dengan Sambungan HDMI

TechnologyGamingDigital
23 Aug 2023 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsol Atari 2600 dilancarkan hampir lima dekad yang lalu. Ia sebuah konsol ikonik kerana mempunyai alat kawalan jenis kayu ria dan binaan seakan kayu. Semalam sempena acara Gamescon, Atari 2600+ dilancarkan sebagai model kemas kini untuk 2600 dengan ia boleh disambungkan ke televisyen moden.

image is not available

Sambungan dilakukan menerusi port HDMI menggantikan sambungan antena lama pada konsol asal 1976. Ciri moden lain yang disertakan ialah sambungan kuasa adalah menerusi port USB-C. Terdapat juga pilihan untuk memaparkan kandungan pada nisbah skrin 4:3 atau 16:9.

Katrij permainan Atari 2600 dan Atari 7800 boleh digunakan pada 2600+. Ini bermakna mereka yang pernah memiliki 2600 boleh menggunakan semula koleksi yang dikumpul semasa masih lagi muda belia.

image is not available

Perbezaan antara 2600 dan 2600+ ialah saiz konsol baharu ini sedikit lebih kecil. Setiap Atari 2600+ dijual pada harga $130 (~RM605) sebuah dengan ia boleh dibeli pada pertengahan November ini. Pembeli akan menerima sebuah konsol Atari 2600+, satu kayu ria CX40+ dan katrij permainan 10 dalam 1 dengan permainan seperti Adventure, Combat, Yars Revenge, dan Missile Command.