
Atasi 4 Negara, Malaysia Catat Rekod Jualan Kereta Tertinggi ASEAN
Orang zaman dulu, mereka hanya menggunakan sampan, beca ataupun berjalan kaki untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Adakala, perjalanan mereka mengambil masa berjam-jam, malah ada yang sampai berhari-hari.
Oleh itu, kenderaan diciptakan untuk memberikan kemudahan dan menyelesaikan masalah pengangkutan yang dihadapi oleh manusia.
Hari ini, boleh dikatakan setiap isi rumah, khususnya di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah kenderaan peribadi.
Setiap tahun, pelbagai jenama dan pengeluar bersaing untuk membawa masuk produk masing-masing ke negara ini. Maka, tidak hairanlah Malaysia tergolong antara negara yang memiliki pasaran kereta terbesar di Asia.
Kajian dedah data mengenai negara dengan kadar penjualan kereta tertinggi di Asia
Menurut data terkini yang dikongsikan oleh SeaAsia, pasaran automotif ASEAN menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam tujuh bulan pertama 2025.
Malaysia berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan jualan sebanyak 443,777 unit kereta, di mana mengatasi Indonesia yang mencatatkan 435,160 unit.
Kajian melaporkan persaingan antara dua pasaran terbesar ini menonjolkan permintaan pengguna yang kukuh, walaupun wujud cabaran ekonomi yang lebih meluas.
Di rantau ini, Thailand menduduki tangga ketiga di peringkat Asia, dengan mencatat 351,796 unit, menandakan industri automotifnya yang stabil serta asas pembuatan yang kukuh.
Sementara itu, Filipina mencatatkan 269,207 unit, mencerminkan pertumbuhan yang konsisten apabila peningkatan pendapatan menyokong pemilikan kereta.
Manakala negara Vietnam dan Singapura berada di kedudukan paling rendah dengan masing-masing mencatat 194,760 unit dan 28,583 unit.

Malaysia catat sejarah baru dalam dunia automotif
Sebelum ini, SK melaporkan Malaysia mencatat sejarah baharu dalam dunia automotif apabila mengatasi Indonesia sebagai pasaran kereta terbesar ASEAN pada suku kedua 2025.
Kejayaan ini didorong oleh dua jenama nasional, Perodua dan Proton dengan menguasai 63 peratus pasaran.
Model popular seperti Perodua Alza dan Proton Saga mampu terus bersaing rapat dengan model seperti Toyota Vios dan Honda City.
Sumber: Seasia Stats via Facebook
The post Atasi 4 Negara, Malaysia Catat Rekod Jualan Kereta Tertinggi ASEAN appeared first on Siakap Keli.

