
Kota Kinabalu: Asean Travel Exchange (Atex) 2025 yang akan berlangsung di sini pada 19 Jun ini bakal memperkukuh kerjasama pelancongan serantau serta menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Asean.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima taklimat berkaitan acara berkenaan daripada pemimpin utama industri pelancongan di Menara Kinabalu, Isnin.
Delegasi peringkat tinggi yang hadir termasuk Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan Asean (Fata) Datuk Tan Kok Liang, Presiden Persatuan Pelancongan Asean (Aseanta) Eddy Krismeidi, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Nigel Wong dan Pengarah Polisi Global dan
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Hubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique. Turut hadir dalam taklimat berkenaan Pembantu Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.
Sementara itu, Tan dalam kenyataan sama berkata Atex 2025 menandakan pencapaian penting sebagai acara pelancongan perniagaan kepada perniagaan (B2B) antarabangsa pertama Sabah yang dijangka menarik 200 pembeli antarabangsa dan 100 penjual serantau.
“Acara bersejarah ini akan menjadi platform untuk jaringan perdagangan, sesi dialog dan memupuk kerjasama dalam sektor pelancongan,” katanya pada Isnin.
Acara itu yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah serta pelbagai badan pelancongan dijangka dapat meningkatkan kehadiran Sabah di pasaran pelancongan serantau dan antarabangsa.




