Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M MSSM 2022

21 Sep 2022 • 1:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan

Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M MSSM 2022. Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-62 Tahun 2022 yang sedang berlangsung selama 5 hari bermula 20 hingga 24 September 2022 ini mendapat penyertaan yang hebat daripada kontinjen seluruh negeri.

Acara yang dijadualkan selama 5 hari itu berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

image is not available
Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M MSSM 2022. Kredit Foto: MSSN 2022

Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-62 Tahun 2022 dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum pada isnin lepas.

Atlet Borneo ‘bolot’ 3 tempat teratas

Hari pertama Kejohanan Olahraga MSSM 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan para peserta dari Borneo meraih 3 tempat teratas untuk acara lari pecut 100M lelaki.

image is not available

Pingat emas diraih oleh Pengiran Aidil Auf dari Sabah dengan catatan masa 10.73 saat. Kemenangan itu sekali gus memberi gelaran ‘raja pecut’ kepada beliau setelah berjaya memperbaharui rekod baru dengan catatan masa terpantas.

image is not available
Pengiran Aidil Auf dari Sabah. Kredit Foto: MSSM

Pingat perak juga turut disandang oleh peserta dari Sabah iaitu Jad Rizalman Washif dengan rekod masa 10.76 saat di mana beliau hanya 3 saat belakang daripada ‘raja pecut’.

image is not available
Jad Rizalman Washif dari Sabah. Kredit Foto: FB Ivana Asvian Washif

Manakala, pingat gangsa diraih oleh peserta dari Sarawak iaitu Benedict Duau Dennis dengan catatan masa 10.87 saat.

image is not available
Benedict Duau Dennis dari Sarawak. Kredit Foto: FB Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga atlet kelahiran Borneo ini.

Baca lagi artikel mengenai atlet yang pernah membanggakan Borneo: