Atlet Kayak Dilanggar Pemabuk Sehingga Diseret 600m, Pelaku Buat ‘Peace’ Selepas Insiden

15 May 2024 • 10:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor telah memuat naik laporan berserta beberapa foto memaparkan kejadian tersebut.

Atlet kayak dilanggar pemabuk sehingga diseret 600m

image is not available

Menurut laporan PPJKM yang dimuat naik pada Selasa, kejadian tersebut didakwa berlaku di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey, Johor Bahru.

Dalam pada itu, laporan PPJKM turut menyebut saksi yang tampil bersama rakaman ‘dashcam’ berkata kereta tersebut dipandu secara melulu sebelum melanggar atlet kayak itu.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, pemandu kereta tersebut juga menyeret Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal sejauh 600 meter.

“Mangsa sekarang dirawat di Hospital Calombia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius,” kata PPJKM di ruangan kapsyen.

image is not available

Sementara itu, PPJKM juga mendedahkan mangsa sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

“Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis. Mohon doakan kepada mangsa agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” tulis PPJKM.

image is not available

Menerusi tinjauan di media sosial, beberapa foto kejadian telah dikongsi termasuk gambar seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek dalam kemalangan ini.

Apa yang menjengkelkan, lelaki yang didakwa suspek itu sempat menunjukkan isyarat ‘peace’ sambil tersenyum ketika fotonya diambil oleh saksi kejadian.

image is not available

Setakat ini, menerusi tinjauan lain belum ada kemaskini berkenaan keadaan Siti Nurul Masyitah.

Sumber: Instagram PPJKM, Facebook Faridah Abd Rahim