Atlet MMA Sarawak, Pang Sze Teng Cipta Sejarah Di Kemboja Dengan Pingat Emas

16 Jul 2024 • 3:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan!

Atlet MMA Sarawak, Pang Sze Teng Cipta Sejarah Di Kemboja Dengan Pingat Emas. Atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) Sarawak, Pang Sze Teng, telah memenangi pingat emas di Kejohanan MMA Asia (AMMA) ke-2 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja. Kejohanan ini telah pun berakhir pada Sabtu (13 Julai).

Cyberjaya College Kuching mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 22 tahun itu menerusi media sosial awal hari ini.

image is not available
Atlet MMA Sarawak, Pang Sze Teng Cipta Sejarah Di Kemboja Dengan Pingat Emas

“Tahniah buat Sze Teng Pang, yang memenangi pingat emas di Kejohanan MMA Asia (AMMA) ke-2 2024 di Stadium Nasional, Kemboja.

“Sze Teng Pang kini sedang mengikuti diploma dalam bidang fisioterapi di Cyberjaya College Kuching.

image is not available

“Bagi pihak Cyberjaya College Kuching, kami berbangga dengan anda dan mengucapkan selamat maju jaya!” kata kolej tersebut.

Dalam AMMA ke-1 di Thailand tahun lepas, Pang memenangi pingat perak dalam kategori Wanita Tradisional MMA 69kg ke bawah. Itu merupakan pertarungan pertamanya di luar negara menentang atlet-atlet kuat dari China.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved