Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023

21 Aug 2024 • 7:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejutan di Sukan SUKMA 2024, penerjun muda Sarawak menang emas

Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023. Atlet muda Sarawak, Nurul Farisya Alia Affendi telah mengejutkan juara Sukan SEA yang juga rakan sepasukan yang lebih berpengalaman apabila berjaya memenangi pingat emas acara platform wanita di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Penerjun berusia 15 tahun yang baru menyertai program pelapis kebangsaan pada awal tahun ini telah mengumpul 241.90 mata untuk memenangi emas keduanya di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

image is not available
Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023

Pada Isnin lepas, anak jati Kuching itu telah merangkul pingat emas acara 10m platform seirama wanita bersama dengan rakan sepasukan, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023, Lee Yiat Qing yang mewakili Wilayah Persekutuan terpaksa berpuas hati dengan perak selepas terjunannya yang ketiga merosot, mengumpul 241.10 mata, manakala Nur Eilisha Rania meraih gangsa dengan 231.45 mata.

Bintang muda Sarawak tumbangkan penerjun berpengalaman

Nurul Farisya Alia mengakui bahawa beliau tidak menjangkakan kemenangan hari ini kerana turut berdepan saingan penerjun yang lebih berpengalaman. Namun, beliau menyatakan bahawa terjunannya yang keempat mungkin telah meletakkan beliau di kedudukan pertama.

Beliau juga menyatakan bahawa sasarannya adalah untuk memenangi emas dalam acara 10m platform seirama dengan Rania, serta acara platform seirama campuran bersama Muhammad Lutfir Rahman Mohammad Razak.

Dalam pada itu, menurut sumber TVS, Nurul Farisya Alia juga mendapat sokongan daripada keluarga yang hadir untuk menyaksikan pertandingan itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: