ATM sahkan Sarjan Faridah meninggal dunia akibat serangan jantung

23 May 2024 • 6:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan Sarjan Faridah Abd Rahman daripada pasukan Malbatt bagi Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut kenyataan ATM, perkembangan itu berdasarkan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan kira-kira jam 7.45 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu.

Sarjan Faridah meninggal dunia

image is not available

“Hasil bedah siasat tersebut mengesahkan Allahyarhamah telah meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis, atau serangan sakit jantung.

“Urusan dokumentasi dengan pihak berkuasa Lubnan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) sudah diselesaikan pihak MALBAT 850-11 dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Beirut.

“Ia bertujuan membawa pulang jenazah ke tanah air menggunakan pesawat komersil pada jam 5.05 petang (waktu tempatan), Khamis ini dan dijangka tiba jam 9.50 malam (waktu tempatan), pada keesokkan harinya,” katanya.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang, diberikan penghormatan sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pendang, Kedah.

Sarjan Faridah meninggal dunia

image is not available

Jenazah akan dibawa menggunakan pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jam 7.00 pagi, Sabtu ini.

Difahamkan, Allahyarhamah Sarjan Faridah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Anwar, Kg Tengah, Mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah.