ATM Sahkan Warga Palestin Cetus Kecoh Di WTKL, Mahu Cepat Kembali Ke Negara Asal

5 Jan 2025 • 12:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan telah berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada jam 5 petang, Sabtu.

Dalam satu kenyataan, menurut Markas ATM Bahagian Risikan Dan Komunikasi Strategik Pertahanan, kekecohan yang berlaku dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahu proses permohonan mereka kembali ke negara asal dipercepatkan.

“Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat.
“Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Menurut kenyataan lagi, warga Palestin telah bersurai kira-kira jam 7.30 petang dan ATM menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden tersebut.

Terdahulu, tular beberapa video memperlihat warga Palestin yang dilihat bertindak merosakkan dan membakar peralatan perabot di WTKL.

image is not available