ATM terima peruntukan RM10 juta one off beli aset hadapi banjir

4 Mar 2023 • 4:40 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SEGAMAT: Kerajaan meluluskan peruntukan sekali beri (one off) sebanyak RM10 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi pembelian aset dan persediaan menghadapi kejadian banjir pada masa akan datang.

“Sekarang ini ATM menggunakan bot tempur dan kita memerlukan bot getah yang digunakan komando dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.”

“Ini adalah persediaan untuk kita menghadapi ancaman bukan tradisi dan melengkapkan aset dalam memberi bantuan menyelamat dalam situasi seperti ini (banjir),” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, di sini, hari ini.

image is not availableimage is not available

Beliau menambah, peruntukan tersebut diluluskan pada mesyuarat pasca-Kabinet semalam.

Antara aset bakal dibeli adalah bot getah yang boleh memudahkan usaha menyelamat mangsa banjir terperangkap terutamanya di kawasan cetek dan lori tujuh tan.

image is not available

Katanya lagi, pandangan daripada pihak berkaitan termasuk ATM akan diambil kira bagi mengenal pasti keperluan pembelian aset menghadapi banjir dan penempatan aset di beberapa negeri sering menghadapi banjir seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Beliau menjelaskan sebanyak 1,500 anggota tentera dikerah bagi membantu mangsa banjir di Johor melibatkan aset sebanyak 28 bot, lapan lori dan 25 trak termasuk pasukan Kor Perubatan ATM, Kor Jurutera Diraja ATM dan bahagian teknikal.

image is not available

image is not available
Turut kelihatan di (PPS) Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat penghibur tv, Waheed Senario yang hadir menyantuni mangsa banjir di sini

Susulan kejadian banjir teruk di Johor, pihaknya turut menghantar anggota tentera laut buat pertama kali bagi membantu mangsa banjir bersama agensi kerajaan lain, katanya.