
WALAUPUN tidak menang pada pertandingan All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) pada Ahad lalu, Fanzi Ruji masih berharap penyokong dan peminat akan mengundinya sebagai Peserta Paling Digemari yang akan diumumkan pada Jumaat ini.
“Tidak Menang tidak apa. Permintaan terakhir, tolong undi saya untuk menang gelaran Peserta Paling Digemari. Sekurang-kurangnya mungkin saya dipilih sebagai peserta yang paling digemari,” katanya di akaun Facebook miliknya.
Menurut Fanzi undian akan ditutup pada hari Jumaat jam 12 malam dan satu orang boleh mengundi seberapa banyak kali yang disukainya. Pertandingan nyanyian ini disiarkan di Astro Ria Channel 104.





