'Atok siapa ni masuk kedai orang buat benda tidak senonoh?'

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 8:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki di sebuah premis perniagaan.

GERIK - Seorang wanita bertindak berani merakam perbuatan tidak senonoh seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual di sebuah premis perniagaan di sini menerusi satu video yang tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut seorang wanita bersama rakannya dipercayai pekerja premis berkenaan bertindak memarahi lelaki itu selepas melakukan perbuatan tidak senonoh terbabit.

Selepas memberitahu akan membuat laporan polis terhadap perbuatan terbabit, lelaki itu kemudiannya beredar keluar dari premis berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang tular itu juga rakaman telah dibuat oleh mangsa sebagai bukti perbuatan tersebut.

Pada Khamis, rakaman berdurasi 2:31 minit terbabit tular di laman sosial Threads dan aplikasi WhatsaApp menunjukkan lelaki tersebut dimarahi dua orang wanita kerana perbuatan tidak senonoh dilakukannya.

"Atok siapa ini masuk kedai orang buat benda tidak senonoh, tidak malu betul," tulis wanita itu.

Beberapa komen dalam hantaran di Threads turut meminta mangsa membuat laporan polis dan tindakan undang-undang dikenakan ke atas pelaku.

Difahamkan salah seorang wanita di dalam video terbabit sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved