
JAKARTA – Seorang warga emas berusia 71 tahun di Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup datang ke sebuah ekspo demi mendapatkan pekerjaan.
Meskipun sberusia lanjut, Budi Winarto sanggup menempuh perjalanan selama lebih 1 jam dari Bekasi ke Jakarta Job Fair dan Tenaga Kerja Mandiri (TKM) yang diadakan di Jakarta Selatan, baru-baru ini.
Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ahquote menunjukkan Budi melawat beberapa reruai untuk mencari jawatan kosong buat adiknya yang baru diberhentikan kerja.
Selain adiknya, dia juga berharap dapat kembali bekerja sekiranya terdapat tawaran kerja yang yang sesuai bagi pesara.
Hantaran tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Usia 71 tahun masih rajin bekerja! Anak muda jangan malas,” kata seorang netizen.
“Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post ‘Atuk’ 71 tahun pergi ekspo cari kerja appeared first on Kosmo Online.
