Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

WorldFamily & Parenting
9 May 2024 • 5:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi kebanyakan individu khususnya yang bergelar datuk dan nenek, kehadiran cucu sememangnya memberi kebahagiaan dalam kehidupan.

Oleh sebab itu, segelintir daripada mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi permintaan cucu tersayang.

Malah, ada di antaranya yang dikatakan lebih menyayangi cucu berbanding anak sendiri. Bagi mereka, cucu adalah segalanya dan dianggap sebagai penyeri hidup.

Bapa Hanya Beli Kuih Untuk Cucu, Tak Tawar Langsung Kepada Anak

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @nor.ahmad403, wanita itu berkongsi momen indah di antara bapa dan anaknya.

Pada awalnya, kelihatan bapa wanita berkenaan membawa pulang kuih ke rumah.

Apa yang menarik perhatian adalah kenyataan Nor yang mendakwa bapanya itu hanya membeli kuih untuk cucu kesayangan.

“Kenapa la dia beli kuih untuk cucu dia je? Kami ni tak makan kuih kot?” tulis wanita tersebut menerusi kapsyen.

Malah, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan menawarkan kuih kepadanya.

@nor.ahmad403

Kenape la die beli kueh untuk cucu die jee.. Dh kami nie xmkn kueh kot🤣🤣🤣

♬ Aaaaaaaaaaaa sad – Amsyarleee

Warganet Terhibur & Turut Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet terhibur melihat layanan lelaki warga emas berkenaan terhadap anaknya.

Malah, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama dipinggirkan ibu bapa sendiri dan perhatian lebih diberi kepada cucu kesayangan mereka.

Berikut antara komen warganet:

Atuk Buat Tak Nampak Je Yang Rakam Video Ni

image is not available

Alahai Sabar Jela Kak, Dah La Tak Bagi Kuih, Pandang Pun Tak

image is not available

Anak Saya Mengadu Dekat Atuknya Saya Tak Nak Beli Basikal, Sudahnya Esok Berdesup Atuk Belikan

image is not available

Aku Balik Kampung Semangat Nak Jumpa Emak Ayah, Bila Sampai Emak Ayah Sambut Anak-Anak Aku Je Bawa Masuk Rumah

image is not available

Source: