Aubameyang sertai Marseille

Football
22 Jul 2023 • 11:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aubameyang

BEKAS penyerang Chelsea, Pierre-Emerick Aubameyang telah menyertai Marseille dengan kontrak tiga tahun, umum kelab Ligue 1 Perancis itu pada Sabtu.

“Ayuh OM (Olympique Marseille)... Jumpa anda di Marseille,” kata pemain antarabangsa Gabon berusia 34 tahun itu dalam video pendek yang dikeluarkan oleh kelab baharunya di media sosial.

Aubameyang hanya menjaringkan tiga gol dalam 22 penampilan untuk Chelsea selepas bergabung semula dengan bekas pengurus Thomas Tuchel pada September lalu.

Aubameyang telah menjaringkan 79 gol dalam 95 penampilan di bawah Tuchel di Borussia Dortmund dan berpindah ke Arsenal pada 2018, menjadi penjaring terbanyak bersama dalam Liga Perdana Inggeris setahun kemudian.

Tetapi, dia telah dilucutkan jawatan kapten Arsenal oleh Mikel Arteta sebelum dijual kepada Barcelona beberapa minggu kemudian.

Aubameyang menjaringkan 13 gol dalam 23 perlawanan dalam enam bulan di Sepanyol, tetapi tidak dapat menghasilkan semula prestasi itu semasa berada di Stamford Bridge sepanjang musim.

Pemain kelahiran Perancis itu kini kembali ke beraksi di Ligue 1, liga yang pernah menyaksikan penampilannya bersama Lille, Monaco dan Saint-Etienne.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved